Dr Suriya Osman
| Apabila kita takut atau marah dan sebagainya, badan kita mengeluarkan adrenalin dan secara fisiology kita akan bersedia untuk berlawan atau berlari ( fright fight or flight reaction) |
Jantung berdebar , kadar
kelajuan jantung bertambah, pengaliran darah ke perut berkurangan (
kita nak lari tak perlu darah keperut) pengaliran darah ke otak pun
kurang manakala pengaliran darah ke otot bertambah! Jika ada
perasaan takut, darah kekulit berkurangan , muka akan kelihatan
pucat. Jika marah, tekanan darah bertambah , badan menjadi
panas,pembakaran makanan menjadi tenaga menigkat ( insulin banyak
dikeluarkan untuk memproses gula dalam darah) Reaksi badan
sebegini berpunca dari sebuah tindakkan refleks badan yang telah
wujud di dalam manusia berkurun lamanya sebagai mekanisma survival
pada masa yang lebih primitif dari sekarang. Manusia zaman silam yan
menghadapi musuh yang perlu dilawan atau binatang buas yang mungkin
menyerang . Untuk berlawan , perlu pada tenaga yang banyak serta
darah ke otot, untuk bersedia kalau dilukai atau digigit binatang
atau musuh lain, darah di kulit perlu kurang supaya pendarahan tidak
kencang dan mudah berhenti.
Pada masa sekarang di mana musuh
merupakan perkara-perkara seperti *computer woes*, kerja pejabat
menimbun, takut lambat ke meeting sebab menghadapi kesesakan lalu
lintas maka, reaksi fight fright or flight menjadi suatu
liabiliti.. Lebih-lebih lagi bila keadaan *stress* berpanjangan dan
adrenalin serta insulin sentiasa dikeluarkan , akibatnya adalah
penyakit ....organ yang sentiasa berkurangnan darah akan menjadi
lemah dan faulty, organ yang mendapat lebih darah pun akan mengalami
keadaan congestion! Contohnya , perut yang kurang mendapat pengaliran
darah menyebabkan penghazaman, penyerapan dan perkumuhan (
pemerosesan bahan buangan ie toksin) terjejas!
| Bila keadaan gangguan emosi berterusan , sistem-sistem pengeluaran hormon kita akan mula menunjukkan kesan-kesan bebanan emosi kita dan ini menjejaskan fungsi badan. |
Tanda-tanda
bebanan ini termasuk
gejala-gejala seperti, keadaan sentiasa letih dan penat, cepat marah,
gangguan penghazaman, sembelit, terlalu kurus atau gemuk, gangguan
pada tidur dan gejala-gejala lain termasuk penyakit-penyakit apabila
keadaan ini berlarutan bertahun-tahun lamanya tanpa reda.Saya tidak
akan menceritakan secara terperinci tentang evolusi penyakit teta pi
memdailah dengan melihat penyakit kencing manis. Tekanan perasaan
akan menyebab kadar hormon insulin sering meningkat dan gula dalam
darah akan sering rendah. Individu ini akan mengalami ketagihan pada
gula sebab kadar gula dalam darah akan direndahkan dengan pengeluaran
insulin berlebihan yang dicetuskan oleh tekanan emosi.Berlakulah
sebuah pusingan , stress menyebabkan pengeluaran insulan berlebihan
yang menyebabkan gula dalam darah berkurangan dan ini menyebabkan
ketagihan pada gula yang akan menyebabkan pengambilan gula dan ini
pula menyebkan pengeluaran insulin yang berlebihan dan seterusnya!
Lama kelamaan organ pengeluaran insulin akan mengalami keadaan
“exhaustion” dan pengeluaran insulin akan
berkurangan sehingga tidak dapat menunaikan keperluan badan dan
dengan ini penyakit Diabetes Mellitus bermula! Jika kita mengalami
ketagihan pada gula, yang perlu dilakukan ialah mengambil bahan
karbohidrat yang terdiri dari bahan asli dan mengandungi serat yang
banyak (“ complex carbohydrates”). Perlu dielak
pengambilan gula yang mudah serap seperti glukosa dan sukrosa.
Kebanyakkan penyakit kronik mempunyai rentetan yang bermula dengan
stress yang akhirnya menyebabkan degenerasi organ tertentu dan
seterusnya menghasilkan penyakit.
| Soalan yang timbul sekarang,
jika demikian, apa yang boleh kita lakukan untuk meredakan
tekanan
emosi apabila kita sentiasa menghadapi situasi dan keadaan yang
menimbulkan stress dalam kehidupan kita seharian? |
Bila kita
kaji apa yang menyebabkan stress, kita dapati faktor yang menyebabkan
stress bagi seorang individu mungkin tidak menyebabkan stress
kepada individu yang lain. Maka, apa yang kita dapat faham dari ini
ialah bahwa yang menyebabkan stress bukanlah situasi yang sukar
tetapi sikap seorang individu terhadap sesuatu situasi. Sebagai
contoh, Suzana tidak cekap memandu dan tidak suka memandu maka
apabila Suzana tahu yang dia perlu bekerja outstation, dia mula
berasa tertekan. Malam sebelum perjalanan , dia susah tidur, selera
makannya kurang dan kaki tangannya sejuk. Lain pula Jo, Jo
minat memandu dan menganggap memandu kereta jarak jauh sebagai
sesuatu yang mengembirakan makan bila Jo diberi tugas outstation
,beliau tidak mengalami sebarang tekanan! Kerja yang berat dan susah
bagi Suzana adalah juga kerja yang mengembirakan dan ringan bagi
Jo.
| Katak Pisang dengan Katak Puru |
Saya teringat sebuah
cerita kanak-kanak tentang Katak
Pisang dengan Katak Puru. Katak Pisang periang dan juga rajin
bekerja, dia mengangap kerja sebagai suatu yang menyeronokkan dan
menghadapinya dengan riang. Katak Pisang inginkan sebuah taman sayur
dan juga taman bunga maka dia pun berusaha membajak tanah dan
membajakanya sebelum menanam benih-benih sayur dan bunga. Sebulan
kemudian tanamannya menunjukkan hasil dan nyata indah sekali taman
milik Katak Pisang. Katak Puru setelah melihat hasil tanaman Katak
Pisang juga inginkan sebuah taman maka beliau pun pergi mendapatkan
sahabatnya untuk bertanya cara untuk mewujudkan taman tersebut. Maka
Katak Puru pun buat perkara yang sama! Setelah menanam biji benih,
Katak Puru setiap hari pergi melihat tanamannya dan menjerit kepada
biji biji benih yang telah ditanam, tumbuh cepat, tumbuh ! Tumbuh!
dan beginilah amalan Katak Puru setiap hari. Selepas seminggu berbuat
demikian, Katak Puru mula putus asa dan letih sebab biji benih masih
tidak kelihatan tumbuh. Dia pergi berjumpa dengan Katak Pisang
menyatakan betapa susah dan letih serta menekan jiwanya kerja yang
dibuatnya itu dan beliau mengambil keputusan untuk menghentikan kerja
mewujudkan taman itu. Setelah putus asa sedemikian, Katak Puru balik
rumah dan tidur selama seminggu kerana terlalu letih!Alangkah
terperanjatnya Katak Puru apabila beliau bangun dari tidurnya dan
dapati tamannya sudah tumbuh setelah seminggu lagi, tanpa dia
bersusah payah menjerit kepada biji benih menyuruh biji benihnya
tumbuh! Mungkin kita ketawa melihat gelagat Katak Puru tetapi cuba
fikir pernahkah kita berkelakuan demikian dengan situasi yang mungkin
berlainan? Sikap Katak Puru yang membezakannya dari Katak Pisang
ialah kurang sabar serta tidak memahami cara biji benih tumbuh dan
jangka masa yang diperlukan untuk melihat hasil tanaman! Maka apa
yang Katak Puru perlu lakukan untuk menyamai kejayaan Katak
Pisang?
| Setelah ketahui bahawa yang menyebabkan tekanan bukan sebuah keadaan luaran tetapi tindak balas badan kita sendiri terhadap sesuatu rangsangan maka harus kita kaji semula reaksi badan kita ini.Ada jalan untuk mengubah tindak balas badan kita dan ini adalah dengan sebuah perubahan sikap yang hanya boleh timbul dari mengenali diri kita reaksi badan kita serta apa yang menyebabkan reaksi stress pada diri kita sendiri. |
Evolusi
reaksi badan kita terhadap rangsangan berlaku sejak dari bayi lagi
dan berbeza antara individu. Reaksi badan kita bergantung kepada
pengalaman yang kita lalui dan sudah tentu ini berbeza dari seorang
ke seorang walaupun dari keluarga yang sama. Ada juga persamaan
diantara individu dalam sebuah keluarga dan dalam sebuah kaum serta
warga sebuah negara tetapi ia tetap ada perbezaan diantara individu.
Faktor
dalaman yang menjadi reaksi kita terhadap rangsangan bukan perkara
kecil dan kita bolehfaham mengapa ada ayat Quran yang berbunyi “Allah
tidak akan mengubah nasib sebuah kaum keciali mereka mengubah apa
yang ada di dalam diri mereka!” Apabila reaksi kita terhadap
rangsangan luaran tidak sesuai ( seperti yang berlaku pada Suzana)
maka kita akan kurang berkesan dalam menangani masaalah dan asam
garam hidup maka mungkin kita lihat ini sebagai nasib kita yang
malang dan bukan kita yang menyebabkan masaalah kita dengan reaksi
terhadap rangsangan yang kurang sesuai ( inapropriate response)
Rasul SAW
memahami dan menceritakan perkara ini kepada kita dengan ungkapannya
yang berbunyi, “Anak lahir bagaikan kain putih dan ibubapanya
yang akan mewarnakan anak itu.” Anak itu akan diwarnakan dengan
cara ibubapa mendidiknya dan pengalaman yang dilaluinya.Reaksi anak
ini terhadap rangsangan akan terhasil secara melihat reaksi ibubapa
serta berdasarkan pengalaman diri sendiri. Contohnya, kalau ada orang
berbaju merah telah menjatuhkanya semasa dia masih bayi lagi maka
mungkin dia akan takut kepada orang berbaju merah.
Apakah
strategi yang mudah kita lakukan untuk mengangani stress setelah
memahami bahawa keadaan stress timbul bukan dari situasi yang penuh
dengan stress tetapi dari reaksi badan kita terhadap situasi?. Satu
strategi berkesan ialah:
Memahami bahawa perubahan sikap adalah
perlu.
Bersyukur atas segala nikmat yang
dikurniakan dan redha atas segala dugaan Sentiasa melihat kepada
kelebihan yang ada lebih dari memikirkan tentang kekurangan
Ringkasan Langkah Langkah Yang Perlu di
Ambil
| Mengenal reaksi badan dan memahami ada masanya reaksi badan tidak sesuai serta berusaha mengubah reaksi badan dengan melalui latihan rohani ( tafakur perlu belajar teknik kelas ELIT boleh membantu), |
| Memahami bahawa ada masanya kita tertekan oleh perangai orang lain sebab kita harapkan perangai dan perbuatannya lain dari hakikat. Kita perlu buangkan harapan kita dan hadapi hakikat sebenar. Terimalah semua manusia seadanya. Terima perbezaan pendapat, cara dan tatasusila., |
| Faham bahawa kita hanya berkuasa dan boleh ubah diri kita sendiri dan hanya dengan perubahan dirilah yang kita dapat menangani emosi dan situasi apa jua pun, |
| Dapatkan kekuatan dan ilham diri dari tafakur, solat dan du'a . Belajar cara yang paling berkesan untuk melakukan segala ibadat ini ., |
| Belajar untuk bersabar dengan kerenah manusia
sebagaimana Rasul SAW bersabar dengan penduduk Taif yang telah
melemparnya dengan batu namun baginda berdu'a “Ya Allah, ampunkanlah
mereka kerana mereka tidak ketahui apa yang mereka lakukan.”, |
| Akhirkata setelah kita mengetahui faktor Emosi dalam evolusi penyakit kita dapat juga faham bahawa kesihatan kita bergantung kepada satu perubahan dalam diri kita untuk menjadi seorang yang beriman dan bertaqwa dan penuh pergantungan kepada Allah SWT. |