Pada hari Sabtu 15 haribulan Februari 2003, satu perhimpunan
raksaksa di adakan di Kota New York. Perhimpunan yang terbesar yang pernah
dilihat di Kota yang telah mengalami tergugatnya perasaan keselamatan
dengan peristiwa September 11 2000! Rakyat Amerika berbilang kaum, berbilang
bangsa dan berbilang agama telah berkumpul untuk memprotes penyerangan keatas
Iraq yang bakal berlaku jika Presiden Bush dibernarkan bertindak mengikut
naluri rausnya.Perhimpunan aman yang berlaku bermula lewat pagi berterusan
hingga senja! Perhimpunan raksaksa ini menyebakan kota New York
berhenti urusan hariannya dan menyaksi serta melihat dan mengamati perhimpuan
ini yang melambangkan cinta kepada keamanan,saling cinta mencinttai
dikalangan manusia. Mereka membantah kemusnahan manusia dan tempat-tempat
kediaaman...mereka tidak seutju dengan ungakapan 'collateral damage' yang
telah di reka oleh pihak tentera Amerika sebagai dalih untuk menidakkan kematian
manusia yang tidak bersalah! Pengangur berganding bahu dengan selebriti bersatu
hati di dalam protes....
Dan mereka bermula demonstrasi raksaksa ini dengan Azan yang berkumandan
di Kota New York...
Allahu Akbar, Allahu Akbar Ashadu An Laaa Ilaaha Ila laaaah!!!!!!
Sejarah manusia menempah suatu era baru bilamana
protes keamanan berlaku serentak di seluruh pelusuk dunia. System perhubungan
yang serba canggih mampu mengkoordinasikan protes serentak serata dumia.
Sebagaimana seruan Azan yang berkumandang sambut menyambut dari benua kebenua
, protes keamanan berlaku sepanjang masa pada 15 hb Fernuari
bermula dari Selatan dan yang terakhir di Utara disebabkan zon masa
yang berbeza !
Bagaimana tercetusnya suatu kehendak yang begitu meluas
dikalangan manusia sedunia? Sebab musababnya sudah tentulah sebagaimana biasa
, multi-sebab.
Kita melihat dari satu sudut yang kecil, pada se orang diantara pemprotes
di New York. Andrew Rice datang dari Houston, Texas, suatu perjalanan begitu
jauh untuk meneyrtai protes besarbesaran di New York. Rice bersama ahli keluarganya
memegang plakad yang berbunyi ' Not in my brother's name'. ( Bukan atas nama
Abang saya) Abangnya, David Harlow Rice, telah terkorban di dalam nahas
Menara Kembar pada 11 September tahun 2000. Katanya, dia datang kerana
seperti hadhirin yang lain, dia rasakan bahawa perperangan dengan Iraq bukan
cara penyelesaian yang wajar. Kalau kita membunuh rakyat yang tidak
bersalah, kita akan menyebabkan lebih ramai orang tercedera dan ramai lagi
akan mendapat duka sama seperti duka saya dan keluarga saya, sepertimana
beribu-ribu kamu yang kehilangan orang yang disayangi pada 11 September.
Perperangan tidak akan memberi kami keselamatan dan besar kemungkinan akan
menyebabkan keadaan lebih merbahaya dari sekarang!
Bila Menara Kembar bangunan ' World Trade
Center' di New York diserang penganas, masyarakat dunia melihat dengan berbagai
perasaan, dan majoritinya dengan perasaan kesal dan hiba.. Waris-waris mangsa
boleh bereaksi dengan berbagai cara, di antaranya, menyalahkan Islam
dan bangsa yang sama keturunan dengan yang mendalangi serangan , atau mereka
boleh berkabung seketika dan mengambil iktibar darinya , membuang yang keruh
dan mengambil yang jernih dan memaafkan serta mencari makna yang mendalam
atas sebab musabab kejadian.Bagi yang tidak berada di New York, mungkin kita
tidak dapat memahami apa yang telah disaksikan oleh penduduk di New York.
Betapa langit berubah menjadi hitam dan bau busuk dari mayat-mayat yang terbakar
, kerosakkan kepada system relnya, dan banyak lagi gejala yang berkaitan
yang akhirnya telah menyebabkan Majlis Bandarayanya hampir bankrap hingga
program kitar semula Kotaraya terulung didnuia terpaksa dihenitkan
hingga kini!
wasallam
Kak Su