Kenapa Pukul ?
Dr Suriya Osman
Zainon( Bukan nama sebenar)mengatakan dia jatuh tangga
dan kepalanya terhentak . Lebam di lehernya tidak konsisten dengan
riwayat
yang diberi. Lebam di leher mempunyai kesan jari.
Saya bertanya , siapa yang
mengkasari anda? Siapa melakukan ini pada anda?
Zainon mengangis, Doktor,
sebenarnya suami saya yang mencekik saya
semalam. Kini leher saya sakit , saya tidak dapat pergi kerja, saya
terpaksa
minta rawatan dan surat cuti sakit.” Zainon kerani disebuah bank.
Suaminya
graduan yang menganggur , tinggal dirumah sementara Zainon bekerja.
Kesemua
duit gajinya diserahkan kepada suaminya. Suaminya bersifat cemburu dan
mengawal,
sering memukul dan menengking apabila dia berasa bahawa Zainon sengaja
balik
lambat atau memberikan wang yang kurang.Zainon menguruskan rumah, sapu
simpan
, memasak dan juga bekerja. Suaminya lebih suka termenung dan menonton
television.
Anak-anak Zainon yang berusia tiga tahun dan lima bulan dijaga oleh ibu
Zainon
semasa Zainon ke pejabat. Zainon akan menghantar dan mengambil mereka
setiap
hari. Zainon kurang kepercayaan bahawa suaminya berupaya menjaga
anak-anak
mereka di rumahnya sendiri.
Linda( bukan
nama sebenar) pula baru kahwin lima
bulan . Linda berumur 17 tahun , belum bersedia mendirikan rumah tangga
dengan
jejaka yang menjadi temannya sehingga dia mengandung. Keluarga kedua
belah
pihak bersetuju bahawa jalan keluar adalah menyuruh mereka berkahwin.
Anak
kecil berusia dua bulan didukung Linda dengan erat. “Suami saya marah
bila
anak ini menangis menganggu tidurnya. Dia naik berang, hampir
melemparkan
anak ini, ujar Linda dengan berlinangan air mata. Saya tak tahan
Doktor ,
suami saya garang dan baran. Saya tinggal di rumah mertua sebab
suami
saya tidak mampu menyewa berasingan. Saya lihat mak mertua saya pun
sering
kena pukul dengan Pak Mertua saya. Saya tidak ada tempat nak mengadu.”
Semasa Linda didapati mengandung saya telah syurkan jangan teruskan
perkahwinan itu sebab saya takutkan perkara yang mungkin berlaku akibat
kedua-duanya , Linda dan pasangannya belum bersedia untuk menjadi
ibu/ayah serta suami/isteri.
Begitulah
secebis kisah dari file klinik saya. Ramai
dari wanita ini tidak mahu melapurkan perbuatan suami dan akan
menyembunyikan
kejadian-kejadiannya.Ada juga yang memikirkan bahawa suami mereka
berhak
memukul mereka sebab sering dengar suami atau ustaz mengatakan bahawa
ada
ayat Quran yang membenarkan suami memukul isteri.Selain dari ini, ada
juga
pesakit wanita saya yang telah tidak tahan dengan penderaan berjumpa
dengan
pegawai di pejabat ugama untuk membuat aduan dan mereka dinasihatkan
untuk
jangan lari dari rumah sebab perbuatan itu adalah nusyuz dan derhaka
kepada
suami.
Ayat 34
dari surah An Nisa sering dijadikan hujah bagi
mereka yang mempertahankan hak lelaki Muslim memukul isteri.Ayat ini
telah
diterjemahkan begini:jadikan hujah bagi mereka yang mempertahankan hak
lelaki
Muslim memukul isteri.Ayat ini telah diterjemahkan begini: “Lelaki
adalah
pelindung kepada wanita (qawamunasebab Allah melebihkan setengah
mereka
dari yang laindan kerana meeka memberi belanja dari hartanya. Wanita
yang
baik qanitat menjaga dengan baik kehormatannya. Perempuan yang kamu
khuatirkan
nusyuz maka nasihatkanlah mereka dan pisahkan dari tempat tidur dan
pukullah
( daraba). Kemudan jika mereka mentaatimu, janganlah kamu mencari jalan
untuk
menyusahkan mereka.”
Dari ayat
ini ramai penafsir mempunyai dua fakta
1. Suami
berhak memberi perintah kepada isteri dan menuntut
isteri mengikut perintahnya .
2. Jika
isteri tidak patuh, maka suami berhak memaksanya
patuh dengan memukulnya
Jika dilihat
pada seluruh ayat yang sebenarnya bermula
dengan menyebutkan bahawa lelaki yang bergelar rajul adalah pelindung
wanita
disebabkan rajul mempunyai kelebihan di atas wanita disebabkab lelaki
rajul
membelanjakan dari pendapatannya untuk wanita. Ini bererti bukan
sebarang
lelaki yang mempunyai kelebihan di atas wanita tetapi lelaki yang
mempunyai
sedikit kelebihan adalah lelaki yang memberi nafkah kepada wanita
isterinya.
Ayat ini seterusnya membicarakan tentang kehormatan wanita dan
kesimpulan
perkataan nusyuz adalah bererti wanita yang tidak menjaga kehormatan
dirinya
dan bukan wanita yang tidak dengar kata sebagaimana difaham umum.(
Amina
Wadud, The Quran and Woman)
Mengikut Dr
Nasarudin Umar, istilah rajul tidak boleh
disamakan dengan gender lelaki. Gender lelaki disebut zakar, sedangkan
rajul
adalah perananan social seorang lelaki yang telah mencapai kelebihan
dengan
menunjukkan ciri-ciri tanggung jawab yang dikaitkan dengan istilah
rajul.
Ini bererti kanak-kanak lelaki tidak boleh di gelar rajul. Begitu juga
lelaki
yang tidak mempunyai ciri-ciri rajul bukanlah rajul.
Mengikut
penafsir mutakkhir , diantaranya Dr Nasarudin
Umar dan Amina Wadud perkataan daraba yang telah ditafsirkan
sebagai
pukul mempunyai lebih dari satu erti .diantaranya mendidik, memlihara,
mencangkul,
memberi contoh . Dr Nasarudin bertanya, mengapa pula harus perkataan
ini
ditafsirkan dengan memukul sedangkan pada lain tempat didalam Al Quran
ia
membawa maksud memberi contoh. Pemahaman ayat ini secara literal tanpa
merujuk
kepada amalan Rasul SAW dan juga tanpa mentelitikan ayat-ayat lain di
dalam
Al Quran adalah tidak mengikut lunas-lunas penafsiran.Lebih banyak ayat
Quran
menyebutkan tentang rahmat , kasih saying, kesetaraan dan persefahaman
di
antara pasangan suami isteri .
Didalam buku
Purnama Madinah karya Ibn Saad , Bandung
, Mizan1997, mukasurat 173, Tercatat sebuah hadith yang berbunyi
begini,
“Umar pernah berkata ,” Ya Rasul maukah engkau mendengar aku? Kami kaum
Quraishi
biasa menguasai isteri kami.Kemudian kami pindah ke sebuah masyarakat (
Madinah)
di mana laki-laki dikuasai isteri mereka.Kemudian kaum perempuan kami
meniru
perilaku perempuan Ansar ini. Suatu hari aku memarahi isteriku dan dia
membalasnya.Aku
tidak menyukai perilaku seperti itu.Dan dia berkata, “Apakah engkau tak
menyukai
aku menjawab? Demi Allah , para isteri Rasullullah membalas
beliau.Sebahagian
mereka mendiamkan beliau sepanjang hari sampai malam.”Umar lalu
berkata:
“ Dia celaka dan merugikan. Apakah dia merasakan aman dari kemurkaan
Allah
kerana kemarahan Rasulnya sehingga dia mendapat hukuman?” Nabi
tersenyum dan tidak menjawab aduab dari Sayidina Umar”
Demikian
satu ciri khas Rasul SAW. Senyum , suatu senjata
yang menimbulkan karisma yang begitu kuat..Bahkan ketika Umar
mengutarakan
ketakutan terhadap bahaya yang dihadapi kaum lelaki yang disebabkan
oleh
potensi pemberontakkan kaum wanita Rasul membalas dengan sebuah
senyuman.
Perlu juga
kita lihat pada contoh Rasul SAW. Kajian riwayat
Hadith menunjukkan Rasul SAW tidak pernah memukul isteri-isterinya
malahan
ada sebuah hadith Baginda Rasul SAW yang berbunyi begini:
“ Aku tidak tahan melihat
lelaki yang mudah memukul isterinya.”
Dan juga
Rasul SAW bersabda, “Yang terbaik di antara
kalian adalah yang bersikap paling baik terhadap isterinya
Contoh Rasul
saw menidakkan tafsiran yang digunakan sebagai
alasan untuk mengarah isteri mengikut kehendak suami dengan
sewenang-wenangnya.
Ia juga membuka ruang untuk memikirkan bahawa ada kemungkinan perkataan
daraba
tidak bererti Islam membenarkan isteri dipukul. Bagi ulama tafsir yang
menafsirkan
perkataan daraba sebagai pukul, ramai yang menegaskan pukul yang
dimaksudkan
tidak boleh menyakitkan atau mencederakan seperti yang sering berlaku
bila
suami memukul isteri.
Mengapa
berlakunya penganiayaan seperti saya riwayatkan
dari kisah benar di klinik saya? Jawapannya ada di dalam budaya kita
yang
mempunyai berbagai tanggapan dan pendirian yang meletakkan kuasa mutlak
suami terhadap isteri dengan tiada pertimbangan tentang hak-hak isteri
terhadap suami..Masyarakat
yang bertanggapan penderaan di dalam sebuah rumah tangga adalah " hal
suami
isteri" atau "perkara dalam kelambu" dan perlu diselesaikan di antara
suami isteri tanpa campur tangan
orang lain. Juga terdapat sikap yang meminta wanita bersabar atas
kerenah
suami demi untuk memelihara keutuhan rumah tangga kononnya. Masyarakat
lebih
suka melihat isteri yang didera mengekalkan kedudukannya sebagai isteri
dari
menjadi janda disebabkan penceraian. Isteri yang didera juga takut pada
status
janda yang mempunyai stigma tersendiri. Ramai wanita yang bergantung
rezeki
sepenuhnya pada suami tidak berupaya menyelamatkan dirinya dari situasi
keganasan
yang dialami. Kurang kesedaran tentang tanggung jawab dan lebih
penekanan
tentang kelebihan lelaki juga menghasilkan lelaki yang tidak berciri
rajul
seperti yang disebutkan sebelum ini.
Apa yang
harus kita sebagai anggota masyarakat dan umat
Islam yang cintakan kedamaian dan bersifat kasih sayang sesuai dengan
kalimah
Bismillahirahmanirahim perlu lakukan untuk membenteras gejala
penganiayaan
dan keganasan rumah tangga yang berleluasa masakini? Meningkatkan
kesedaran
tentang hak suami dan isteri adalah antara langkah-langkah yang perlu.
Memupukkan
rasa kasih sayang dan saling hormat menghormati juga adalah penting.
Dan
yang paling diperlukan adalah didikan ugama yang sempurna yang
menghidupkan
didalam jiwa sanubari sifat penyayang , tanggung jawab dan adil yang
mana
sifat-sifat ini terserlah di dalam watak Rasulullah SAW contoh ikutan
yang
agung.