Kita perlu berbincang!
Siti dan Mat kedua-duanya bekerja. Pasangan muda ini masing-masing
profesyional di syarikat swasta. Siti bekerja sebagai eksekutif pemasaran
dan Mat jurutera elektronik. Mereka baru saja mendirikan rumah tangga dua
bulan lepas. Walaupun telah lama berkenalan, perkahwinan membuka lembaran
baru di dalam perhubungan mereka.
Pada hari Ahad lepas, Siti bangun awal dari Mat, ia bergegas ke dapur menyediakan
sarapan. Sambil menyanyi riang dan dengan penuh minat, Siti menyediakan nasi
goreng kesukaan Mat.Bau kopi panas di ruang dapur amat menyelerakan Siti.
Mat belum juga muncul dari bilik tidur ! Siti pergi mendapatkan Mat.
"Bang, marile makan, nanti dah sejuk tak sedap!" Siti masak nasi goreng kesukaan
Abang. Mat masih mengantuk. Dia telah tidur lambat semalam setelah tidak
dapat membuat rumusan pada kertas kerja yang perlu dihantar pada hari Isnin.
Siti makanla dulu, Abang nak tiidur ni...Mat berkata ,sambil mata masih pejam...
"Allaaaa jumlaaaa," kalau Siti nak makan sorang tak payahlah Siti kahwin,
"dah la hari lain pun Siti makan sorang kat kantin, takkan hari Ahad pun
Siti makan sorang..."
Mat cuma berkata "Hmmmm", sambil menarik selimut dan terus tidur. Nafasnya
menunjukkan dia sudah pun lena.
Siti mengeluh panjang, menuju kemeja makan dan memakan sarapan seorang diri.
Mari kita lihat semula dailog ini dengan memasukkan sekali suara hati
masing-masing:
Siti di dapur memikir," Hari ini dapat saya bermesra dengan suami ku!Lepas
saya sediakan sarapan boleh kita makan bersama. Rindu saya pada suami, banyak
yang nak saya beritahu padanya!"
Mat pula menganggap hari Ahad hari untuk dia berehat. Mengikut contoh ibu
bapa Mat , Mat beranggapan suami isteri tidak perlu berkomunikasi dan berinteraksi
sangat. Mat terbiasa dengan sikap ayahnya yang tidak pernah duduk berborak
dengan isterinya. Ibu Mat pula memang pendiam bila berhadapan dengan suaminya
dan hanya akan bercakap bila berjumpa dengan kawan-kawan perempuannya.
Semasa Siti kejut Mat dari tidur, Mat berasa marah sebab Siti menganggu tidurnya.
Mat berasa Siti tidak prihatin tentang kehendak dan keperluannya.
Semasa Siti didapur memakan nasi goreng seorang diri , Siti terkenang ayah
ibunya yang sentiasa bergurau dan bercerita diantara satu sama lain. Siti
tidak faham kenapa Mat bersikap begini dan tidak mahu bangun untuk makan sarapan
bersama. Bukanlah awal sangat, waktu sudah pukul sepuluh pagi, ,takkan mengantuk
lagi! Hilang perasaan riang Siti, malahan dia terus jadi masam dan murung. Siti
tak jadi kemas rumah, langsung mengambil buku cerita dan baring di sofa ruang
tamu .
Rancangan Siti tadi kemas rumah bersama , sepertimana kebiasaan ayah ibunya
yang kedua-duanya bekerja.
Apa pula kata Mat nanti bila dia bangun tidur dan lihat isterinya dengan
rumah berselerak membaca buku cerita?
Semasa kita mula berumah tangga, kita mempunyai tanggapan masing-masing tentang
tugas dan tanggung jawab pasangan kita. Contoh teladan ibu ayah akan menyebabkan
kita mempunyai suatu andaian dan harapan terhadap perilaku pasangan kita. Namun demikian, pasangan
kita pula yang dari keluarga yang mempunyai cara yang berbeda dari
perhubungan ibu ayah kita akan mempunyai andaian dan tanggapan yang berlainan.
Ini tidak bererti kita tidak boleh berumah tangga tetapi apa yang perlu adalah
komunkasi yang baik.
Di dalam kisah Mat dan Siti, keluarga Mat berbentuk keluarga zaman silam
dimana wanita tidak disayangi tetapi dianggap memenuhi keperluan lelaki untuk
berkelamin, membesarkan anak dan menguruskan rumah tangga. Di dalam bentuk
keluarga begini, suami sebagai ketua dan tuan, perlu dihornati dan ditakuti
serta dipatuhi segala kemahuan dan arahanya. Di antara suami isteri ini, tidak
ada jalinan mesra, malahan kadang kala isteri berasa geram dengan arahan
yang pada pendapat isteri kurang munasabah. Suami sebagai ketua rumah tangga
bekerja dan isteri tidak bekerja.
Keluarga Siti pula sangat berlainan. Ibu ayahnya berkahwin atas dasar cinta.
Kedua-duanya bekerja sebagai guru semasa muda dan mereka selalu berbincang
sebelum membuat apa-apa keputusan. Siti pernah melihat ibu ayahnya bertengkar
tetapi Siti tidak pernah cemas melihat pertengkaran mereka sebab masing-masing
akan mendengar dengan baik dan akan selesaikan perbezaan pendapat mereka
dengan masing-masing beralah sedikit dari pendapat asal. Semasa ibu Siti
perlu menghadiri aktiviti tambahan , ayah Siti akan mengambil alih masak
dan kerja rumah dan sebalknya.
Siti perlu memahami latar belakang Mat dan bersabar dengan kelemahan Mat
yang berpunca dari cara dan sikap keluarga Mat, Mat pula perlu sedar tentang perbezaan
diantara Siti dan ibunya sendiri.. Mat perlu faham Siti bekerja dan dia juga
penat pada hujung minggu. Mat perlu faham tentang perhubungan dan komunikasi
diantara suami isteri.
Mendalami ajaran Nabi tentang hubungan suami isteri akan menolong pasangan
ini.
Model keluarga Melayu zaman silam yang kurang kemesraan di antara suami isteri
tidak boleh dijadikan contoh untuk keluarga zaman sekarang dengan dinamik
keluarga dan keperluan serta keadaan yang berbeza.