|
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH
EMAIL KE nursyifa@nursyifa.info
AdakahPenawar Kacip Emas™ telah mendapat kelulusan dari
Kementerian Malaysia dan Sijil Halal?
Penawar
Kacip Emas™ telah
memperolehi Sijil Kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan
juga Sijil Halal.
Berapa
lamakah masa yang diperlukan untuk menurunkan bacaan gula dalam darah
selepas meminum Penawar Kacip Emas™?
Penurunan
bacaan gula dalam darah bergantung kepada antibodi setiap individu. Ada
yang perlu hanya meminum 100ml - 500ml sahaja atau beberapa botol.
Walaupun bacaan gula dalam darah bertambah, ia menjelaskan wujudnya
komplikasi atau simptom akibat Diabetes. Akan tetapi, pengguna tetap
akan merasa lega dan puas. Selepas mengalami kestabilan terhadap
komplikasi dan simtom tersebut, bacaan gula akan turun ke paras normal
semula.
Sebagai rawatan alternatif, Penawar Kacip Emas™ bertindak secara
beransur-ansur. Semasa kandungan glukos didalam darah berada dalam yang
tinggi, kemudian bertukar dari rendah ketinggi akhirnya menjadi stabil
ketahap yang ideal. Proses ini biasanya mengambil masa selama dua
hingga tiga minggu dan ini memerlukan pengambilan Penawar Kacip Emas™ secara berterusan didalam
tempoh tersebut.
Berlainan dengan rawatan yang dianjurkan oleh
perubatan moden, rawatan ini tidak begitu menonjolkan penurunan atau
peningkatan insulin dalam tubuh secara ketara dimana kandungan glukos
dalam darah dapat diukur dari peningkatan atau pengurangan yang
mendadak. Ia bertindak dengan mempergiatkan sistem imunisasi seterusnya
mempertingkatkan penghasilan insulin secara semulajadi yang kemudiannya
akan mengawal penyerapan glukos kedalam darah secara berlebihan.
Oleh yang demikian, perkara pertama yang dapat
diketahui ialah kesegaran dan tahap kesihatan yang lebih baik yang
dapat dirasai dari kurang rasa dahaga yang keterlaluan, tahap kekerapan
membuang air kecil yang menurun dan pembaikan pada tisu-tisu pada
bahagian yang luka. Keadaan ini agak ketara pada beberapa minggu yang
pertama. Selepas tiga minggu,anda akan mendapati perubahan yang
mendadak terhadap simptom-simptom diabetes.
Berapakah
jumlah maksima sepatutnya diminum oleh seorang pesakit Diabetes yang
mempunyai komplikasi dan keadaan yang kronik?
Berdasarkan
pengalaman, kebiasaannya tidak melebihi 10 liter (10 botol)
*sila rujuk maklum balas para pengguna produk di halaman PENGGUNA.
Anda boleh berhenti menggunakan Penawar Kacip Emas™ apabila kadar glukos didalam
darah anda berada pada tahap yang ideal iaitu antara 3.5 hingga 6.7
amo/L. Namun demikian anda masih boleh terus meminumnya sebagai minuman
kesihatan.
Bagaimanakah Penawar Kacip Emas™ dikaitkan dengan rawatan
jantung, buah pinggang, darah tinggi dan sebagainya?
Sudah tentunya. Selagi anda telah memulakan
penghasilan insulin yang stabil, darah didalam tubuh anda akan kembali
berfungsi dengan baik. Secara tidak langsung penyakit-penyakit yang
dinyatakan diatas akan bertindakbalas dan menunjukkan perubahan yang
ketara. Walau bagaimanapun kami menganggap perubahan tersebut adalah
hasil dari kesihatan anda yang bertambah baik dan positif yang tidak
diakibatkan secara langsung dengan pengambilan Penawar Kacip Emas.
Bagaimanakah Penawar Kacip Emas™ berfungsi sebagai minuman
kesihatan?
Penawar
Kacip Emas™ merupakan
rumusan formula herba yang berkhasiat bagi membantu pembersihan toksik
dalam badan. Ia menggalakkan peredaran darah yang bersih dan bebas
toksik. Seterusnya menjadikan anda sihat dan bertenaga.
Bilakah hendak memulakannya?
Anda boleh mula meminum Penawar Kacip Emas™ pada bila-bila masa walaupun
semasa anda menjalani rawatan di hospital atau sedang mengambil
ubat-ubat yang lain maupun suntikan insulin. Penawar Kacip Emas™ tidak bertindakbalas dengan
kaedah-kaedah rawatan yang lain. Namun demikian sekiranya anda tidak
berada berada dalam situasi yang kritikal, adalah dinasihatkan supaya
anda berhenti dari mengambil ubatan yang lain bagi memastikan kesan
yang anda terima nanti ialah dari Penawar Kacip Emas™.
Bagaimanakah cara pengambilannya?
Sekiranya bacaan glukos dalam darah anda berada pada
tahap kurang dari 12 mmo/L anda dinasihatkan supaya meminumnya 2 kali
sehari dengan sekali minum 100ml
Sekiranya bacaan glukos dalam darah anda berada pada
tahap lebih dari 12 mmo/L anda dinasihatkan supaya meminumnya 3 kali
sehari dengan sekali minum 100ml
Bilakah kesan Penawar Kacip Emas™ dapat dilihat?
Fakta ketahanan badan (antibody) dan metabolisma
sesaorang itu adalah berbeza. Adalah agak sukar untuk menentukan
bilakah kesan dapat dilihat. Kami mencadangkan pengambilan 3 hingga 10
botol secara berterusan seiring dengan pemeriksaan bacaan glukos dalam
darah yang berjadual. Ini adalah bertujuan bagi memastikan kesan
positif dan kesetabilan pada diri anda sebelum anda menghentikan
pengambilan Penawar
Kacip Emas™.
Bagaimanakah mengingatkan pengambilan Penawar Kacip Emas™ setiap hari?
Untuk keputusan yang paling baik, jadikannya sebagai
rutin harian dan minumlah Penawar Kacip Emas™ anda pada masa yang sama
setiap hari (misalnya selepas sarapan, selepas makan tengahari dan
selepas makan malam). Simpan Penawar Kacip Emas™ anda di tempat yang mudah
didapati.
Sentiasa simpan satu botol Penawar Kacip Emas™ yang lebih supaya anda tidak
akan kekurangan bekalan.
Apakah yang akan terjadi sekiranya….
…Saya mengalami sebarang kesan sampingan?
Walaupun kebanyakan pesakit tidak mengalami kesan
sampingan setelah memulakan pengambilan Penawar Kacip Emas™ ini, sebahagian daripada
mereka masih mengalami gejala-gejala seperti cirit birit atau lenguh
sendi dan kebas. Walaubagaimanapun, gejala-gejala ini akan berkurangan
ketika badan menyesuaikan diri kepada paras insulin yang baru ini.
…Saya sedang mengambil ubat-ubat yang lain?
Setakat ini kami tidak menemui sebarang percanggahan
kesan yang negatif dari pengambilan ubat-ubat yang lain.
Adakah
Penawar Kacip Emas™ selamat diminum?
Penawar
ini diformulasi daripada 100% jus sayur-sayuran dan buahan
tempatan. Ia dijamin selamat untuk diminum.
Bagaimanakah
cara penyimpanan Penawar Kacip Emas™?
Penawar
Kacip Emas™ elok disimpan di
dalam peti sejuk. Disarankan agar dibekukan dahulu untuk dibawa ke
mana-mana. Ini bertujuan untuk mengekalkan kualitinya.
|